Harap maklum: kempen ini tidak terpakai untuk akaun MT5.
- Setiap Pelanggan InstaForex berhak menerima bonus sebanyak 30% dari jumlah yang didepositkan ke dalam akaun perdagangan. Bonus deposit akan dikreditkan ke akaun dagangan dalam tempoh satu minggu selepas pendepositan. Sebagai tambahan, bonus akan dikira berdasarkan kepada jumlah dana yang benar-benar tersedia di dalam akaun semasa proses permohonan bonus dibuat.
- Bonus 30% tidak akan dikreditkan ke dalam akaun yang sudah menerima bonus jenis lain (Welcome Bonus tetap atau Bonus 25%). Untuk menerima bonus seperti itu, Pelanggan perlu membuka akaun perdagangan baru. Jumlah akaun untuk menerima Bonus 30% tidak terhad untuk setiap Pelanggan.
- Pelanggan berhak menerima Bonus 30% untuk setiap pendepositan. Bonus terakru untuk deposit bersih sahaja.
- Pelanggan bersetuju bahawa sebarang pengeluaran wang yang menyebabkan jumlah keseluruhan dana bonus (bonus yang diterima tolak pembatalan bonus) melebihi 30% dari margin bebas semasa dalam akaun perdagangan, tertakluk kepada pembatalan sebahagian bonus yang menyamai perbezaan antara nilai-nilai ini. Untuk mengelakkan pembatalan bonus melebihi jumlah pengeluaran, Pelanggan dinasihatkan untuk tidak melakukan pengeluaran sekiranya jumlah semua bonus dalam akaun melebihi nilai Welcome Bonus pada margin bebas semasa dalam akaun perdagangan selepas pengeluaran.
- Pelanggan tidak wajib untuk membuat pengesahan identiti sewaktu memohon Bonus 30%. Walau bagaimanapun, Syarikat berhak untuk meminta dokumen pengenalan diri mengikut budi bicara.
- Bonus 30% boleh dikeluarkan dengan syarat bahawa jumlah keseluruhan perdagangan BELI atau JUAL yang diselesaikan sama dengan X*3 lot InstaForex, di mana X adalah jumlah keseluruhan bonus yang diterima, termasuk bonus yang dibatalkan atau sebahagian kerugian. Untuk akaun dalam RUB, jumlah perdagangan dikira mengikut formula berikut: X*3/50 lot InstaForex. Untuk akaun yang dibuka dalam EUR, formula pengiraan adalah seperti berikut: X*3*1.1 lot InstaForex. Hanya jumlah keseluruhan bonus yang boleh dikeluarkan. Adalah tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebahagian bonus. Untuk mengeluarkan dana bonus dari akaun perdagangan, Pelanggan harus menghantarkan permohonan ke bonus@instaforex.com. Jumlah bonus harus tersedia sepenuhnya di dalam akaun perdagangan semasa pengurus memproses permohonan pengeluaran Pelanggan. Syarikat berhak untuk menolak permohonan pengeluaran bonus tanpa perlu menyatakan alasannya.*
- Keuntungan yang diperoleh dari Bonus 30% boleh dikeluarkan tanpa sebarang sekatan sekiranya semua syarat Perjanjian ini dipenuhi.
- Syarikat berhak membatalkan Bonus 30% tanpa notis pemberitahuan terlebih dahulu. Oleh itu, kami amat mengesyorkan agar anda tidak mengambil kira bonus semasa membuat pengiraan keuntungan strategi perdagangan anda. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang akibat daripada pembatalan bonus termasuk kes Stop Out sebagaimana bonus terakru tetap menjadi milik Syarikat sehingga Pelanggan menggunakan bonus dengan melengkapkan jumlah lot yang diperlukan yang dinyatakan dalam Klausa 6 pada Perjanjian ini**
- Sekiranya jumlah bonus melebihi AS$2,000 dan lebih 10% daripada dagangan yang dilakukan dengan kurang dari 0.01 lot pasaran (0.1 Lot InstaForex, contoh, 1 pip adalah hampir bersamaan dengan AS$0.10), bonus tersebut boleh dikurangkan kepada AS$1,000. Sekiranya jumlah bonus melebihi AS$10,000 dan lebih 10% daripada dagangan yang dilakukan dengan kurang dari 0.1 lot pasaran (1 lot InstaForex, contoh, 1 pip hampir bersamaan dengan AS$1), bonus tersebut boleh dikurangkan kepada AS$3,000.
- Pelanggan bersetuju bahawa sekiranya Syarikat mengesan sebarang penyalahgunaan program bonus atau jika keuntungan dalam akaun sama dengan jumlah deposit, maka Syarikat boleh membatalkan bonus dan menyelaraskan keuntungan yang diperoleh daripadanya dengan jumlah yang sama dengan jumlah bonus tanpa memberikan notis amaran terlebih dahulu atau menjelaskan alasannya. Pelanggan jelas mengenai kemungkinan risiko yang dinyatakan pada klausa ini.
- Syarikat berhak mengikut budi bicaranya untuk mengira dan mengagihkan keuntungan yang diterima dengan menggunakan dana bonus secara berkadaran antara dana sebenar Pelanggan dan dana bonus di dalam akaun. Ini berlaku untuk keuntungan yang diterima dari saat pendaftaran akaun atau dari saat dana bonus dikreditkan ke dalam akaun. Pada masa yang sama, sebahagian daripada keuntungan yang berkadaran dengan jumlah bonus mungkin terhad untuk pengeluaran dari akaun dagangan sehingga Pelanggan mengambil bonus sesuai dengan peraturan yang serupa dengan syarat penggunaan bonus yang ditentukan dalam Perjanjian ini.
- Pelanggan bersetuju bahawa jika ekuiti dalam akaun kurang daripada dana bonus semasa, contoh, apabila kerugian semasa melebihi ekuiti Pelanggan, semua dana dalam akaun akan dianggap sebagai dana bonus. Sekiranya Pelanggan membuat pendepositan, dana di dalam akaun akan dikira dan diagihkan antara dana bonus dan ekuiti Pelanggan berkadaran dengan jumlah deposit dan nilai dana bonus sewaktu pendepositan.
- Syarikat berhak untuk mengubah atau meminda syarat kempen tanpa notis pemberitahuan terlebih dahulu.
- Bonus 30% hanya untuk perdagangan dalam Forex. Oleh itu, apabila menggunakan bonus untuk berdagang mata wang kripto dan saham CFD, bonus tertakluk kepada pembatalan.
- Bahasa rasmi Perjanjian adalah Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat perbezaan/percanggahan di antara Perjanjian dalam versi terjemahan dan Bahasa Inggeris, Perjanjian dalam Bahasa Inggeris akan dianggap sebagai standard rujukan.
* Sekiranya, sebagai tambahan kepada Bonus 30%, akaun yang mempunyai bonus lain perlu diselesaikan, dan juga jika Klausa 9 terpakai pada akaun, jumlah penuh keseluruhan bonus akan tertakluk kepada pengeluaran.
** Klausa ini adalah bertujuan untuk mencegah sebarang aktiviti penipuan yang berkaitan dengan sistem bonus. Namun, penguatkuasaannya tidak bermaksud bahawa semua akaun yang telah dibatalkan bonus oleh pihak Syarikat diakui melanggar peraturan. Dalam beberapa kes, adalah mustahil untuk menentukan dengan jelas fakta pelanggaran peraturan. Terdapat 10% kebarangkalian bahawa kesalahan pembatalan bonus akan berlaku kerana ianya termasuk di dalam usaha untuk membendung penyalahgunaan sistem bonus.